Wednesday, October 21, 2015

Assalamualaikum W.B.T

Yess! Akhirnya aku berjaya buat "comeback"

Alhamdulillah..

Selepas hampir 3 tahun menghilangkn diri dari dunia blogging ni, akhirnya kekuatan utk menulis dtg lagi..

Ya Allah, aku rindu sgt kt buku nota aku ni.. Bila difikirkan balik banyak sgt input yg nk dikongsi..

Selepas Grad dr UMS, aku trus kerja..

Rezeki aku.. kerja dgn mama.. Untung mama ad busines.. Mana tau akn dtg bleh tak over.. Hahaha!

Even aku amik degree bdg kewartawanan tp aku kerja bidang usahawan..

Itula yg dipanggil rezeki masing2.. Allah dh tetapkan rezeki kita dimana2.. Walaupun sumber rezeki kita tu x sebesar mana, tp bersyukur lah pada yg Esa.. Kerana Allah mengetahui apa yg terbaik utk hambanya..

Mgkin rezeki kita bekerja sbgai org bawahan tp dengan tekad dan kesungguhan dan juga keikhlasan kita bekerja, in sha Allah, Allah akn mengurniakan rezeki yg lebih besar kpd kita..

The most important thing is, bersyukur dgn apa yg kita ada dan apa yg kita dpt..

Oke la.. Sampai sini dlu ucapan "comeback" sy..

Hehehe

Sperti yg sy janjikan kpd kwn blogger sy, Aienal, next post sy akn post sedikit pasal group yg sy handle skrg ni.. group GanuGooners..

Group ape tu???

Nak tau?

Stay Tune..

Assalamualaikum..

^_^

Sunday, March 17, 2013

Apa Patut Kita Buat Jika Terlupa Rakaat Masa Solat . Berhenti Dan Solat Semua Ke ? ^__^

Assalamualaikum W.B.T.


Salam Ukhuwah kwn²...

Padi hari ni, sy baru je balik daripada buat liputan tentang Bicara Tokoh bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dkt Sutera Magellan, di Sutera Harbor Resort.

Bicara tersebut mengenai Koperasi sbb event ni dianjurkan oleh KOPEKS iaitu Koperasi Pekerja-Pekerja Sabah.

Alhamdulillah, dpt jugak bertentang mata dan bersalaman dengan salah seorang bekas pemimpin negara yg disegani bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

p/s: tp syg xdpt nk bergmbr sama² sbb kena jd Cameraman... (T_T)..

Baiklah.. berbalik kepada tajuk kita pd kali ini, situasi ini pasti pernah berlaku kpd kwn² jugak kan..?

Malahan sy pon pernah juga jd begini..

Kita mmg tidak akan terlepas dari terima hasutan daripada syaitan laknutullah yg sering je nk kita melakukan dosa..

Tp, Alhamdulillah...

Allah maha mengetahui dan maha bijaksana...

Setiap masalah pasti ada cara penyelesaiannya..

Berikut adalah soal jwb yg sy perolehi di laman web INI...

Moga menjadi panduan untuk kita kelak..

----------------------------

SOALAN : Apa Patut Kita Buat Jika Terlupa Rakaat Masa Solat . Berhenti Dan Solat Semua Ke ?

JAWAPAN :-

Itulah bijaknya syaitan melalaikan kita dan betapa lemahnya kita kerana terpedaya dengan tipu helah syaitan. Konsepnya mudah sahaja apabila terlupa dalam solat iaitu hendaklah membina atas keyakinan.

Contohnya terlupa bilangan rakaat sama ada tiga atau empat rakaat. Cuba ingati semula susur galur solat untuk mempastikan bilangan yang yakin. Jika tidak dapat, maka ambillah rakaat yang paling sedikit iaitu tiga rakaat.



Sabda Nabi S.A.W :
“Jika seseorang daripada kamu syak dalam solatnya, lalu dia tidak tahu berapa rakaat telah dilakukannya. Adakah tiga atau empat? Maka buanglah syak dan peganglah apa yang diyakini (buatlah jumlah rakaat yang diyakini). Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum memberi salam. Jika dia telah melakukan lima rakaat, maka ia (kedua sujud dan duduk antaranya) menggenapkan solatnya. Jika dia telah melakukan sempurna empat rakaat, kedua sujud itu sebagai satu tanda kehinaan bagi syaitan”. (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi tak perlulah untuk menghentikan solat lalu memulakan solat baru. Jangan pula diambil bilang rakaat yang banyak . Kalau ambil bilangan rakaat yang banyak lalu pada hakikatnya kurang, maka solat itu tidak sempurna. Tetapi kalau diambil bilangan rakaat yang sedikit lalu pada hakikatnya sudah terlebih , itu tidak mengapa.

--------------------------

Moga kita mendapat manfaat dan semoga ianya berguna kepada kita kelak..

Jgn lupa kongsikan kepada kwn² tau..

Oke la kwn², skrg dh msuk waktu solat Maghrib..

Sy nk bersihkan bdn dn solat pula..

Jgn lupa mengaji tau kwn² jika ada masa terluan....

Kurang 1 muka surat pun dh cukup.. ^__^

oke la..

Assalamualikum

Stay Tune..

^__^

Tuesday, March 12, 2013

My last Semester Project.. ^__^

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ukhuwah kwn²...

Susah sekarang nk update kt blog ni..

Bukan ape kwn², sy sbnrny bukan lah seorang blogger tegar.. hehehe..

Sy ni blogger suke² hati je.. ahakz..!! >.<

Tp yg pntg, tujuan sy nk ber"blogger" ni adlh untuk kongsi pndpt, ilmu n pengetahuan dgn kwn² semua..

Eh, kenapa tiba² aku ckp mcm ni????

Hahahaha...! bkn apa, sy bru perasan yg ade yg slalu jenguk blog sy ni.. ada yg tegur, "knpa lama x update blog ni??" Hahahaha..!

Klaka plak.. x sngka ada jugak yg slalu buka blog ni.. hehehe.. ^^

Insha Allah.. kalau ada kelapangan, sy akn updatekan apa yg dpt kita kongsi kan bersama...

Kwn², ari 2 sy ada janji nk tnjk hasil final project sy sem lepas kan..???

Hari ni sy akan tunaikan... tp kwn² kena tgk final project sy 2 ikt Youtube la sbb sy dh upload di Youtube supaya sng utk kwn² tgk....

Dokumentari 2 berdasaarkan Kuih Cincin... 

Kuih Cinicin ni feymes kt Sabah tau.. ^^

Sblum 2, sy nk mnx maaf sbb lambat tunaikan jnji sy..

Harap kwn² x marah yea.. hehehe..

Kalau kwn² nk tgk, bleh klik link kt bawah..


Jgn lupa tgk tau kwn²..

Hehehehe.. ^___^

K la kwn²...

Stay Tune..

Assalamualaikum..

^__^

Wednesday, December 26, 2012

Belajar Bahasa Arab.. Part 2. ^___^

Assalamualaikum WBT...

Salam Ukhuwah kwn2...

Fuh, skrg ni dah minggu stdy week.. 

Tgh struggle skrg ni tau...

Tp bkn struggle nk jwb exam tp struggle nk siapkan assigment yg masih byk ni..

Yg paling utama nk iapkan editting Dokumentari yang kami buat hari 2..

Sebut pasal dokumentari ni, maaf la lupa nk kongsikan sbb lately sy agak sibuk..

Mmg langsung x sempat nk update blog ni..

Skrg ni alang2 tgh tunggu transfer file, online kejap.. 

Ada jugak masa nk update kt sini.. hehehe..

Oke la, bercakap pasal dokumentari ni, kami satu krew production yg diberi nama Twinkle Production perlu menyiapkan satu tugasan iaitu menyiapkan 1 dokumentari..

So, kami satu group dah bersetuju nk buat dokumentari pasal Kuih Cincin..

Kuih Cincin ni salah satu kuih tradisional masyarakat Papar di Sabah...

Nanti ada masa sy share dgn kawan2 gambar semasa kami menjalankan pengambaran 2..

Dan, bila saya dah siap editing dokumentari 2, Insha Allah sy akn share ngan kwn2...

Moga2 kwn2 dapat komen la yea.. hehehe...

Dan satu lagi sebelum terlupa, tugas saya dalam Twinkle Production ni ada 2 iaitu sebagai Cameraman dan Tukang Edit video.. hehehehe...

Oke.. Sebelum sy undur diri ni, saya ada something nak share ngan kwn2..

Sebelum ni kan saya ada share pasal Belajar Bahasa Arab kan?

Sekarang ni saya nk bg sedikit tambahan daripada post yang lepas..

Selamat Belajar yea.. ^__^

----------------------------


1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami

----------------------

Input tentang belajar bahasa Arab ni saya dapat dari facebook kwn saya..

So, sy harap, kwn2 dapat gunakan bahasa ni yea..

Saya pon tgh pelan2 nk blaja bahasa syurga ni..

Moga2 kita dapat manfaat daripadanya..

Insha Allah..

Assalamualaikum..

Stay Tune~~

^___^

Monday, December 3, 2012

Surah Kegemaranku.. ^__^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuah kwn².. ^__^

Alhamdulillah, hari ni bagun awl pagi, trus ke Library..

What..! Library.! Hahahahaha..!!

Biasa la, last² minit baru nk siapkan assigmnt ni..

Dah nk hujung minggu, so, byk la assigment nk kene hantar..

Tak ape la.. Yg pntg, assgmnt dh siap 1, 

So, skrg masa utk rehat jap.. sementara tggu kelas jam 11.. hehehe

Sementara 2, amik masa jap nk post something kt blog berhabuk ni.. hahahaha..!

Pagi ni, sy igt nk kongsikan Surah² favourite sy...

Biasa sy slalu bca surah ni klau ada masa terluang or lps maghrib..

------------------
1) Surah Al-Mulk


Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Selain itu, ayat 14 dalam surah Al-Mulk mempunyai kelebihan iaitu :


أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ﴿١٤

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

2) Surah Ar-Rahman


Kelebihan Surah Ar-Rahman

1. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).

2. Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata:
i) “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, halaman 117).

ii) “Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surah ini tidak menenteramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, halaman 117).

Selain itu, surah Ar-Rahman juga mempunyai 1 lagi kelebihan iaitu :

  
Bermaksud:
" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Ayat ini diulang² dalam surah Ar-Rahman ini..

Tp knpa ayat ini selalu diulang??

Soalan ini pernah ditnya kepada Ustaz Azhar Idrus..

Dan jwpn yang diberikan oleh ustaz ialah :

"manusia mmg sgt x bersyukur kpd Allah. Tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Banyak kesenangan yg Allah berikan kepada hambanya tp hambanya ttp tidak patuh kepada ajarannya. Kebanyakkan hambanya ini rasa semua kesenangan yang dia peroleh adalah dari usahanya dan bukan daripada Allah."

Oleh itu, ayat ini diulang² sbb ingin menunjukkan betapa tidak bersyukurnya hambanya dengan nikmat yg Allah berikan.

3) Surah Al-Waqiah


Kelebihan surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan kelebihan, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.


Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.



4) Surah Yassin


Kelebihan Surah Yassin

Surah Yassin ini adalah surah yang biasa sangat kita baca kerana mmg kita semua ketahui yang surah ini adalah jantung Al-Quran.

Terdapat 1001 kelebihan surah Yassin dalam kehidupan antaranya:

Ayat 1-9 : doa untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Doa untuk melindungi diri sama ada lindungi drpd orang jahat spt orang kafir. Kalau nak lindungi rumah daripada pencuri,baca ayat ni dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ia boleh juga melindungi diri drpd dianiayai dan beri perlindungan ketika tidur. Caranya : Baca ayat ini,Surah Al-Fatihah,Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan ayat Kursi.

Ayat 12 : Ayat ini merupakan jantung Surah Yasin dan Rasulullah sangat berharap semua umat Islam menghafal ayat ini.

Ayat 13-35 : Ayat-ayat ini mengisahkan tentang orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23 : Ayat ini digunakan untuk menjaga aqidah dan boleh juga dijadikan doa untuk hidayah kepada anak-anak kita nanti.

Ayat 29 : Ayat ini boleh dijadikan amalan sebagai pelindung diri untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan menjadi mangsa kejahatan mulut orang. ia juga digunakan jika kita merasakan ada orang menfitnah atau menganiayai kita. Lebih afdal jika selepas kita membacanya,kita semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk memupuk keinsafan. Kita memohon agar dipertemukan dengan Allah dan semoga Allah sentiasa berada di hati.

Ayat 32 : Ayat ini boleh melembutkan dan menginsafkan hati orang lain. Kita sentiasa perlu saling mengingatkan bahawa segalanya datang drpd Allah dan kita merupakan umat nabi Muhammad SAW.

Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi yang suka berkebun dan bercucuk tanam. Insya Allah,tanaman akan menjadi subur.

Ayat 36 : ayat ini menerangkan tentang Sunnatullah iaitu setiap makhluk dan kejadian dijadikan secara berpasang-pasangan. ayat ini elok diamalkan bagi orang yang belum berkahwin dan belum mempunyai jodoh. Caranya : baca ayat ini 7 kali dan tiupdi dalam tadadah tangan serta menyebut "Al-Wadud" sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan ke muka.Amalkan setiap pagi.

Ayat 37 : Ayat yang diamalkan untuk menetapkan hati iaitu akidah diri. Doa ini juga boleh menyuburkan semula hati yang kering dengan makanan rohani.

Ayat 38 : Ayat yang mengisahkan bahawa bulan dan matahari juga bersujud kepada Allah SWT

Ayat 39 : Mengusahkan tentang ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan bahawa Allah SWT Maha Esa = satu.

Ayat 41 : mengisahkan tentang Nabi Nuh menaiki kapal. Ayat ini elok dibaca ketika menaiki kenderaan

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. Ayat ini dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48 : Ayat yang menceritakan tentang kedegilan orang kafir kepada Allah SWT.

Ayat 49 : Ayat yang menceritakan tentang Hari Akhirat dan kehidupannya.

Ayat 50 : menyatakan bahawa semua orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Ayat yang merupakan salam daripada Allah SWT. Jika kita sakit kepala,baca ayat ini dan sapukan ke atas kepala. Ulang sebanyak 3 kali. Jika sakit anggota, hati tidak tenang,baca sebanyak 7 kali dan gosok pada tempat yang sakit.

Ayat 76 : Dibaca untuk tenteramkan diri apabila difitnah,bila sedih,sebak atau kecewa. Caranya : baca sambil urut dada.

Ayat 78-79 : Ayat yang dikhaskan untuk sakit tulang,urat dan badan. Untuk dijadikan doa,baca dari maksud ayat "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal ia telah hancur?"(Ayat 78 dan 79). Baccalah jika sakit tulang,retak atau patah.

Ayat 82 : Untuk memohon hajat. Baca sebanyak 100 kali pada air dan minum selama 40 hari. ia juga boleh dijadikan penawar.Kita juga boleh melakukan solat Tahajud3 kali berturut2,baca ayat ini pada air 100 kali dan berdoa apa saha yang dihajati.

----------------------

Kwn², 

Surah² diatas adalah antara surah yang sgt penting untuk kita baca.

Mgkn kita tiada masa untuk membaca satu Al-Quran tersebut tetapi sy yakin, kita mesti ada masa sedikit untuk kita membaca surah di atas.

Surah² ini adalah surah yg sering sy baca tp mgkin kwn² ada surah² lain yg menjadi kegemaran kwn²..

Apa pun, yg penting, walau apa pun surah yang kita baca, jgn la sekali-kali kita meninggalkan Al-Quran kita.

Baca la walaupun hanya 3 ayat Al-Quran 1 hari..

Kerana, Al-Quran la yg akn membantu kita apabila kita menerima azab kubur kelak.

Stay Tune~~

Assalamualaikum..

^__^








Wednesday, November 28, 2012

Quote of the day.. #2

Assalamualaikum W.B.T.


Salam Ukhuwah kwn²...

Nampaknye, habuk dah kurang kt blog ni.. Baru kemas skit..

Hehehehe..

Ada 1  bulan lebih lagi untuk berakhirnya sem 5 dkt UMS ni..

Semakin hampir, maka semakin banyak la assingment yang nk kene sattle...

Tidak apa la.. Demi cita-cita, pengorbanan itu harus.. :D

Hari ni sy nk kongsi Quote dgn kwn²..

Semoga kwn² dpt sesuatu yg berguna dripdanya.. :D

---------------------------------


---------------------------

Kwn²..

Hidup di dunia ini hanya lah ujian daripada Allh S.W.T.

Hidup yang sebenar adalah di Jannah kelak...

Walaupun kita susah di dunia, 

Insha Allah..

Hidup kita pasti sempurnah di akhirat kelak..

Tapi yang paling utama adalah 

Jangan sekali-kali kurangkan iman dalam hti kita...

Stay Tune~~

Assalamualaikum.. 

^__^



Saturday, November 24, 2012

Blog, Berhabuk, Cuci Dlu.. ^__^


Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ukhuwah kwn²...

Lama x buka blog ni, masuk² dah berhabuk dah..

Sempat la kemas² skit.. Kalau berhabuk sgt, xdpt la nk kongsi maklumat dgn kwn² kan..
Hehehe..

Ape² hal, skrg sy dh di Tahun Akhir di UMS..

Tggl lagi 2 sem nak habis kan..

Tp sem ni sgt² mencabar kerana terpaksa menerbitkan 1 Dokumentari sbgai salah satu kami punya Assgmnt..

Fuh..!, nampaknya, disini la masa utk sy tunjukkan kebolehan sy ni..

Apa kebolehan sy???? Pengarah??? Mcm imposible je.. Ahakz..!

Sy lebih minat dalam bidang Photography n y not sy try jd Kameraman plak..

Insha Allah sy buat yg terbaik utk Dokumentari ni.. 

Kalau ada rezeki, insha Allah dpt jadi Kameraman dkt tv Al-Hijrah nanti.. 

Opss.! Berangan plak.. X apa, biar lah angan² kita jd kenyataan... Berusaha la sehingga ianya menjadi kenyataa..

Tiada yang mustahil.. Kalau kita berusaha, Pasti Akan berjaya..


^__^

Baik la kwn².. sbnrnye, saya baru je nk mula posting balik kat blog ni..

Kwn sy dh mula sound dah.. 

"Bile ko nak bersih habuk kat blog ko 2?"

Hahahaha.. Klaka plak...

p/s: izan, jgn marah ya.. lps ni aku rajin² posting ya.. hehehe ^__^

baik la kwn², sambil² sy bersihkan habuk di blog ni, sy sertakan sedikit cerita lawak utk tatapan kwn²...

^___^

-------------------------------

Nenek Tua

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

B.I

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

----------------------

Hehehe.. Semoga Terhibur kwn²..

K la, nk out dlu..

CC dah nk tutup..

Tata..

Assalamualaikum..

Stay Tune~~

^__^

Thursday, July 12, 2012

Belajar Asas Bahasa Arab.. ^__^


Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Sejak akhir² ni terdetik hati nak blajar bahasa Arab..

Maybe dh sampai seru kot. Ahakz..!

Tp itu lebih baik kerana Bahasa Arab adalah bhsa no 1 di dunia..

lngkah indahnya klau kita dpt memahi Bahasa Arab sepenuhnya..

Baru la kita dapat memahami ayat² al-Quran dgn lebih mendlam..

Alang-alang nk blajar, jom kita blajar bersama..

Utk permulaan, kita blajar basic dlu yea.. ^__^

-----------------------------------

arabic alphabet
kata-kata asas yang biasa digunakannaam – ya
la – tidak
aywa – yeah/ok
shukran – terima kasih
kata-kata ucap selamatmarhabbah – hallo
sabah Al khair – selamat pagi
masah al khair – selamat tengahari / petang
tosbeho al khair – Good night!
ahlan wa sahlan – selamat datang
ma’asalaamah – selamat tinggal
shukran (jazeelan) – terima kasih (banyak)
dijawab:
aafwaan – sama-sama 
kata-kata pertanyaankeef haluk? – apa khabar?
dijawab:
Alhamdulillah (for muslim) / bi khair – sihat
atau:
ana bikhayr,shukran – saya sihat, terima kasih
aysh ismuk – siapa nama anda?
dijawab:
ismi Jauzi – nama saya Jauzi
Berapa umur anda? – Kam howa umruk? / umroki(perempuan)
inta min weyn? – anda berasal dari mana?
dijawab:
ana min Malizia – saya dari Malaysia
titakellem ingleezi – anda tahu berbahasa inggeris?
ana la atakellem al arabi – saya tak berbahasa Arab
terrref arabi? – anda tahu berbahasa arab?
atakullum inglieezi – saya berbahasa inggeris
kata-kata ucapanbettawfeeq – Semoga berjaya!
eid meelad sa’eed! –  Selamat hari jadi!
sana sa’eedah! – Selamat tahun baru!
eid mobarak! – Selamat Hari Raya Aidil Fitri
ramadan mobarak! – Selamat Berpuasa
mabrook! – Tahniah!
laila sa’eda wa ahlaam ladida  - Good night and sweet dreams!
eshtaqto elaika/ elaiki (female) katheeran – I missed you so much!
Asas Nombor
0 – siffir, 1- wahid, 2 – ithnain, 3 – thalatha, 4 – arba’a, 5 – khumsah,
6 – settah, 7 – sab’aa, 8 – thamaaneeya, 9 – Tiss’aa, 10 – asharah.
-------------------
Alhamdulillah..
Done with basic Arabic..!
Lps ni kena slalu aplikasi supaya jd kebiasaan dlm pertuturan harian..
Lps ni kena google lagi la untuk bljar Bahasa Arab dgn lebih advance..
Oke la.. Selamat belajar kwn²..
Stay Tune~
Assalamualaikum..
^___^



Saturday, June 16, 2012

Selamat Hari Bapa, Abah..! ^__^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

17/06 adalah hari istimewa utk semua bapa², 

Iaitu Hari Bapa..

Di kesempatan ini, Sy juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada my lovely daddy, 

Bahaman Bin Mohd..


Rindu dgn gelak tawa abah.. 

Anakmu terpaksa bekorban di bumi org lain... 

Tp jasamu mengajarku dulu ttp akan anakmu ingati.. tnpa tnjuk ajar mu Abah, xkan ku sampai disini.. 

Abang sayang Abah..

p/s: u look more handsome with dat glasses daddy..!! hahahha..!!

Stay Tune..

Assalamualaikum..

^__^

Template by:
Free Blog Templates